pembuka kata

About Me

My photo
hidup ni kekadang amat menyusahkan..tapi hanya kesabaran yang mampu memacu hidup ni kearah yang lebih indah dan sihat...so pada sape2 yang tension or bored , jom kite berbelog...haahhahahha

Saturday, September 14, 2013

alert...alert

buat rakan2 blogger

ARGHHHHHHH!!!!!!
bateri smartphone anda kehabisan di waktu kecemasan????... jangan risau lagi dengan masalah itu... kini saya tampil dengan pelbagai jenis powerbank yang berkualiti...jangan khuatir... setiap masalah ada penyelesaiannya...
powerbank 2600 mAh rm30
powerbank 5600 mAh rm60
powerbank 10000 mAh rm100
powerbank 20000 mAh rm150
powerbank 26000 mAh rm180

semua pada harga yang anda TAK mampu dapat pada tempat lain..percayalah..
berminat? pm saya atau terus berhubung dengan saya di 0142787162 (paan)...masalah anda akan diselesaikan... supportlah perniagaan bumiputera...




kalau ada rakan blogger berminat terus je contact saya direct oke.....


Saturday, September 7, 2013

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq






klik banner untuk join


p/s : saya pakai maxis ngan celcom..tapi kalau menang nk maxis....

Wednesday, September 4, 2013

Segmen Santai September by Cik akak


Segmen Santai September by Cik akak








klik banner untuk join

:: wah bangun pagi2 dah nampak Cik Akak hapdet GA terbaru dia..
::  Selain fanatik warna purple cik akak minat warna apa?" >> saya x tau, tapi saya rase PINK or merah jambu sebb org pompoan kan memang suka kaler tu...hik3
:: harap2 betul la tekaan saya tu....



Thursday, August 29, 2013

Sunday, August 25, 2013

Giveaway 2013 By Jaja


Giveaway 2013 By Jaja




klik banner kalau berminat nak join

hadiah yang aku nak???...hmmmm

1. Polaroid Camera : sebab>> giler la sape xnak bende ni kan

2. Vaucher RM40 for Pizza Hut: sebab aku memang kaki makan..dapat voucer lagi

3. novel : Suami Aku Ustaz : sebab>> kawan aku cakap novel tu best, so kalau dapat aku xyah beli lagi

Friday, August 16, 2013

overseas

can't update the latest entry bout me, please support me.....


GIVEAWAY RINGKAS

GIVEAWAY RINGKAS






klik banner untuk join



Tempat #1 = Topup / Cash RM 50
Tempat#2  = Sebuah novel (masih berbalut dan baru) bertajuk 'Isteri Separuh Masa'
Tempat#3  = Set pensel warna 12 batang jenama "NICO President", 6 batang pensel, 1 sharpener dan  eraser.
Tempat#4 dan #5  = Keychain
Saguhati : Digital Tasbih 

Thursday, August 1, 2013

twink twink

hey..lama giler2 x hapdet ape2 post kan..manjang hapdet GA je..

yup aku memang malas-malas-malas sangat nak menaip..

harini aku dah dapat kad raya dari adhie... thanks adie...





klik sini tuk layan blog adhie

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Give Away


STICKY NOTE- UNTIL 31 JULY 2013

Bismillahirrahmanirrahim..........




GIVE AWAY
Kain Pasang- Batik Canting berharga rm130

 Saguhati untuk 5 orang
Top referral akan menerima surprise present!

??
 

Nak dapatkan give away nie??Jom tgk syarat-syaratnyer...
1. WAJIB follow blog ni
2-  Linkkan GA to you ols punya blog atau fb. Tajuk :- Ramadhan Give Away
3- Tinggalkan link you ols di ruangan comment

TEMPOH
Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

PEMILIHAN PEMENANG
Secara cabutan bertuah.





klik sini untuk join

Tuesday, July 23, 2013

Segmen Kad Raya by DiyanaHani




 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAH JOIN 



Saturday, July 6, 2013

Lucky Giveaway By JAJA



Lucky Giveaway By JAJA





klik banner tuk join


hapdet lagi

lama sangat xde entry pasal aku..
sangat2 mintak maap
sebab aku tengah bertarung dengan final
sempt hapdet giveaway je..
nnati kite jumpe lepas final k
Doakan aku

Sunday, June 2, 2013

kenal pasti POWER BANK ANDA!!!

artikel ni saya copy dari oh! media dan sumber2 yang ada..sekadar perkongsian bersama

Berhati-Hati Dengan Power Bank Murah

Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik. Kebayakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer‘ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion‘.
Screen Shot 2013-05-31 at 9.15.19 PM
Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.
Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah.
Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.
Screen Shot 2013-05-31 at 9.19.32 PM
Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.
Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.
Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.
Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.
Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.
Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.
Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 4 = 12,000mAh.
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.
Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 6 = 18000mAh
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.
Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula.
Screen Shot 2013-05-31 at 9.42.19 PM
Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.
Screen Shot 2013-05-31 at 9.48.24 PM
Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut. Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.
Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.
Screen Shot 2013-05-31 at 9.54.30 PMNasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.
Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda. OH! MEDIA sendiri tidak lama lagi akan membawakan kepada anda Powerbank original memandangkan permintaan terlalu tinggi yang diterima dari orang ramai. Kami sedang mengusahakan sekarang ini untuk membolehkan anda membeli Powerbank yang berkualiti, original dan dijual pada harga yang berpatutan.
Belilah yang original biarpun harganya tinggi sedikit di man kata orang, alah membeli menang memakai :)
Nota: Artikel oleh seorang warga cina di Taiwan melalui Facebooknya yang bernama æ›¾å®¶è¾‰, diolah semula kepada bahasa melayu untuk bacaan dan panduan orang ramai oleh Shibli Nuqman.

kebabommm kebabommmm

assalamualaikum...
aku tau dah lame x hapdet dengan post baru..
selalu just hapdet post  tentang GiveAway je..
aku sedar..
hahahah..
so entry kali ni nak gtau tentang follower aku yang ke 50..
eh 50 je kot...org len dah beratus2 n ada yang dah beribu2 follower..tapi aku???

hah, blog aku, suka aku la nak hapdet..
so thank kepada follower baru blog saya
terima kasih kerana follow saya...
selamat berkenalan..
buat:



kalau saudari bace post ni saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya yang x seberapa...

hadiah???

hurm tunggu saya ada duit lebih ye..ni dah hujung semester..hehehhe

insyallah saya akan cuba buat firat mini giveaway masa cuti semester nanti..nantikan ye..
arios...

Monday, May 20, 2013


mood: keliru
#np : gentleman

amek bulu ayam, kain buruk , span cepat tolong kemas blog yg dah besawang ni...fuh fuh...
bape lame dah  menaip kat belog ni..aish..sibuk la der banyak bende nak settlekan.dengan test, presentation, study yang dah kemana..eh memang terabur giler jadual aku.tapi rase2 banyak ke hiburan je lebih..hahahha

sebenarnya xtau nak taip ape kat belog ni, so bebel je la ape yang patot ek.korang nak bace,  bacela, xnak g bukak page lain..aku x heran pon..belog aku untuk aku je..

so sekarang aku masih x jumpe idea yang nak dikembangkan , so korang layan je gambar2 yang ada ek


rebet telepon..yeah aku dapat rebet..walaupon pada awalnya before rebet ni kuo aku cadang nak angkat  glxy note tapi bile pikr harga yang mecanak naik tu aku postpone ye bukan cancel...so sayang mohon rebet tp x guna..so ada duit selit2 sikit aku g la guna rebet tu..harga nset ni 599 so after rebet jadi 399 la kan..tapi sebb warganegara MALAYSIA dapat diskaun lagi rm100 so kene bayar rm299 jela..but semua ikut kedai yang jual,ada kedai soh langgan pakej intenet dorg tapi kes aku lain.aku just kene beli sim pack skmm harga rm5 dengan  topup rm 30 so total rm34o aku kene bayar.its ok, sebb pada awalnya aku rase aku leh buang je no tu..tapi...
sambung balik..tapi...sejak pakai si skmm manjang bagi intenet percuma . dah dua bulan dapt intenet percuma..rase sayang lak nak buang no ni..so teruskan pakai..so sekarang aku da pakai 3 no sekali la..puas la nak menopup lepas ni,hahhaha.. naseb ko la paan .kkaakkaka....so nset ni not bad la...boelh upgrade sendiri ikut samsung latest...pergh hebat kan.. boleh reboot jadi sebijik samsung...its ok la..aku cuma nak kan android je..n the best aku join group ninetology blackpearl2 group..memang superb la dengan latest tech yang diorang provide..dari aku yang innocent tentang android skrg boleh la dianggap expert..try la godeh2 pakcik google stalk pasal nset ni ...

ni kalau nak tau dalam plastik bag ni ada seluar jeans. beli kat butik biasa aku g..yg tau cume cozen aku je kat mana butik tu.. huhuhu...beli jeans semata2 untuk dinner nanti , tapi lepas beli tup2 dengar cter nak tukat tema dinner..oh WTF!!!!

harta kerajaan tapi dari harta  rakyat.toksah nak bangga dengan kerajaan sangat.ni duit kita sebenarnya kalau dikaji balik..syukur aku berjaya habeskan baucer ni dengan membeli bende2 yang x penting..hahahah...no komen, bajet macam dapat duit free.. 

ubat..walaupon aku ni seroang yang berbadan beasr, tapi ubat kecik2 ni aku rase lagi besar dari badan aku... ni ubat bulan lepas.aku ada masalah kulit sensitip.tapi malam tu memang kaw2 sensitip die, amek keputusan g klinik so dapat la gula2 ni..kene hadap seminggu baru pulih.so sekarang kene jage2 pemakanan, pakaian, tempat tido..semata2 nak jaga kulit..ermm sedeyyyy


Sunday, February 17, 2013

hello semua..salam sihat semua ye..
entry kali ni aku nak cterkan pasal something yang ditunggu tungu oleh semua student yyuuuuaiitiiemm...
ianya ialah RESULT
ye keputusan peperiksaan..
tipulah sape x bedebar nak tunggu result exam kan..
aku? gile x cuak..dip dulu pon terumbang ambing ..ni kan pulak degree yang penuh ngan cabaran, kepayahan, kesusahan dan ape2 yang perit untuk dicterkan la..

so tanggal 15hb feb aritu keputusan rasmi peperiksaan telahpun diumukan..
series aku cakap aku mesti failed! repeat!! bawah 2.0!! dismiss!!
tapi
tapikan
semua yang aku fikirkan xkan berlaku sebb lepas tengok result rase nak jerit sepuas-puasnya.
alhamdulillah berkat usaha aku dan group project aku berjaya mendapat tuuuttttt...
hhahhahahaha
walaupun masih x berjaya untuk dekan tapi aku berjaya melepasi target aku untuk degree ni. (3.0)
syukur dengan keputusan tu bahawa aku berjaya mendapat pointer sebanyak 3.44 untuk semester ni..semester 3 tahun pertama..means semester 1 bagi aku sebb aku terus skip semester 3..
ya aku x sepandai orang lain tapi keputusan tu keputusan yang tertinggi pernah aku cpai .. mase dip dulu memang jarang sekali untuk mendapat 3.3 keatas apatah lagi dekan..
so dengan tekad aku cuba untuk berjaya dalam dunia ijazah ni.. thanks pada semua lecture dan member2 yang banyak tolong aku sepanjang semester 3 ni... so azam untuk semester 4 untuk dekan terus diusahakan.
so itu saje yang nak aku gtau.. bukan pasal nak membangga diri tapi sekadar untuk berkongsi kegembiraan aku pada blog ni... yang penting kita jangan pikirkan pae orang nak cakap pasal kita.. kita datang untuk belajr bukan untuk berhibur. so akhir kata . assalamualaikum



Saturday, February 2, 2013

eh panas...panas..panas



tu la yang aku alami di bumi segamat ni..cuaca dah seminggu lebih panas terik camni..oh.. amat besar dugaan dariMu ya Allah.. mungkin ade orang yang mengharapakan cuaca terus panas dan ada yang masih nak kan hujan..ya, manusia ni, semua mengikut kehendak masing2..  memang susah nak puaskan hati semua orang.

oh, banyak kan minum air masak ya, kurangkan  aktiviti luar rumah,

tu je pesan aku..

Thursday, January 31, 2013

cuti

mood: cuti semester

huh g cari bulu ayam, kain buruk kasi bersih ini belog..bapak lame aku tinggalkan belog ni seorang diri. hei xde mende nak ditaip seyh.aku xtau  apebende aku nk beblkan nk bagi canang kat semua orang..so bek diam makan tidor.. tu paling best. so cuti sem ni aku rase paling best sekali sebb aku x perlu lagi pikir apebende yang lom study lagi, apebende assignment lom siapkan lagi arghhh... gile otak ni dibuatnya.



so aktiviti aku hari2 ialah menghadap si laptop ni hari..aku rase setengah hari aku tok laptop je.hahha..bapak bosan kan..tapi sebb tenet ade xdela aku macam katak bawah jambatan sangat..at least banyak pengetahuan kau dapat walaupon x kuor rumah g jadi kutu2...





bende lain aku wat tapi still ngan laptop lagi...haha layan running man..series best gile cter ni..memang layan gelak la setiap mase . so yang mane lom penah nak tengok cube la layan2 sikit..aku jamin korang xkan menyesal la..




so last ni..aku hepi dengan cuti ni.. rase tenang.. serius tenang habis... lau lah korang leh rase macammane rasenye kat tempat aku sekrang ni.

so rasenye tu je aku nak cterkan kot..hahha...tunggu je la cter2 lain ek...hahaha..